Terima kasih kepada puan Widatulhanan dan kumpulannya dari Kudat kerana menginap dengan kami di Srindung Sireh Inn. Semoga kita berjumpa lagi.
Srindung Sireh
Monday, 15 September 2014
Saturday, 6 September 2014
Istimewa sungguh!
Buah buah eksotik ini jarang didapati di Semenanjung Malaysia. Rasanya yang unik menjadikan ianya antara daya penarik untuk pengunjung berkunjung ke Borneo bagi menikmati buah-buahan ini.
Buah tarap mempunyai rasa yang sangat manis dan berbau wangi, sangat sedap dimakan sejuk dan boleh juga dibuat cucur. (Gambar credit to lace-covered-window)
tarap |
Berbeza dengan kembayau, perlu dikikis sebahagian kulitnya dan direndam dengan air panas terlebih dahulu sebelum dimakan dengan nasi. Rasanya lemak. Makan begitu sahaja pun boleh bah.
kembayau |
Kalau datang ke Srindung Sireh pada musim buah buahan, bolehlah menjenguk ke pasar yang jaraknya kurang dari 2km sahaja. ;)
Labels:
buah,
durian,
kembayau,
Srindung Sireh,
tarap
Wednesday, 11 July 2012
Sunday, 8 July 2012
Rumah Budget ~Sireh Mekar~Sireh Kuncup (RM100 satu malam)
Perlukan penginapan untuk keluarga ketika bercuti di Labuan? Di Srindung Sireh, kami menyediakan penginapan berbentuk rumah, Rumah Budget dengan harga yang rendah, RM100 untuk 4 orang. Ianya mempunyai 2 buah bilik, sebuah dapur, sebuah ruang legar, 2 buah bilik air. Rumah ini dilengkapi dengan astro, kipas angin, peralatan memasak serta mesin basuh otomatik. Jika berminat,hubungi kami di talian 0138030117 / 0138637763 / 0138509213 / 0198820117 / 0199366634. Tempahan juga boleh dibuat secara atas talian di www.labuanhomestay.com.my
Saturday, 16 June 2012
Nasi Lemak Ikang Aye (Ikan Tongkol)
Friday, 30 March 2012
Srindung Sireh adalah merupakan sebuah rumah yang menggabungkan konsep yang berbagai. Antaranya ialah konsep rumah panjang, penggunaan ukiran kayu cengal Terengganu dan kitar semula kayu kayan dari rumah asal. Srindung Sireh terhasil apabila rumah asal memerlukan pengubahsuaian dan baik pulih dek dimakan usia.
Srindung Sireh cuba untuk memberikan keseronokan tinggal di rumah kayu yang memberikan suhu dalam rumah lebih sejuk dibantu dengan struktur bumbung yang tinggi serta sisip angin yang banyak.
Srindung Sireh cuba untuk memberikan keseronokan tinggal di rumah kayu yang memberikan suhu dalam rumah lebih sejuk dibantu dengan struktur bumbung yang tinggi serta sisip angin yang banyak.
Subscribe to:
Posts (Atom)