Monday 15 September 2014

Datang lagi ye....

Terima kasih kepada puan Widatulhanan dan kumpulannya dari Kudat kerana menginap dengan kami di Srindung Sireh Inn. Semoga kita berjumpa lagi.

Saturday 6 September 2014

Istimewa sungguh!

Buah buah eksotik ini jarang didapati di Semenanjung Malaysia. Rasanya yang unik menjadikan ianya antara daya penarik untuk pengunjung berkunjung ke Borneo bagi menikmati buah-buahan ini.

Buah tarap mempunyai rasa yang sangat manis dan berbau wangi, sangat sedap dimakan sejuk dan boleh juga dibuat cucur. (Gambar credit to lace-covered-window)

tarap



















Berbeza dengan kembayau, perlu dikikis sebahagian kulitnya dan direndam dengan air panas terlebih dahulu sebelum dimakan dengan nasi. Rasanya lemak. Makan begitu sahaja pun boleh bah. 
kembayau


Buah durian kecil ini juga mempunyai rasanya yang tersendiri. Cubalah!
Kalau datang ke Srindung Sireh pada musim buah buahan, bolehlah menjenguk ke pasar yang jaraknya kurang dari 2km sahaja. ;)